Sunday, April 25, 2010

Tahniah & syabas !

Tahniah & syabas ! Empat orang atlit sekolah ini yang mewakili Daerah Kinta Selatan di MSSPk berjaya meraih pingat emas dalam acara masing-masing iaitu ;

1. Kasvinder Singh a/l Swan Singh ( Lompat Tinggi L18 )
2. Mohd Fitri b Aziz ( Rejam Lembing L18 )
3. Mohd Husaini b Aziz ( Rejam Lembing L14 )
4. Sharul Niza b Azmi ( Rejam Lembing L15 )


Thursday, April 22, 2010

MESYUARAT KOKURIKULUM KE-2


Mesyuarat Kokurikulum Ke-2 akan diadakan pada 22 April 2010 di Bilik Mesyuarat SMK Kampar jam 2.00 petang. Kehadiran adalah diwajibkan. Harap maklum. 

********************************

Mesyuarat Panitia Geografi pada 21 April 2010 bertempat di Ruang Istirehat Bilik Guru jam 2.00 petang. Kehadiran semua Ahli Panitia Geografi adalah dimestikan.Harap Maklum.

*****************************

Mesyuarat Panitia Matematik di Makmal Biologi pada 21 April 2010 jam 2.00 petang. Kehadiran ahli panitia dimestikan. Harap maklum. 


Sunday, April 18, 2010

Tahniah johan Karnival Bola Baling 2010

Tahniah kepada pasukan yang telah dinobatkan sebagai juara Karnival Bola Baling Tertutup 2010 Edisi pertama ini. Keputusan adalah seperti berikut:



Kategori Terbuka (Lelaki)
JOHAN            - The Punkies Crews (T5- Zulhairi b Mohd Rozi )
NAIB JOHAN  - OA Team (Orang Asli -T4 Uwan a/l Bah Uti )
KETIGA           - Tiger (T2- Noor Iqmal b Asyran )
KEEMPAT       - The Red Army (T1 - Md Isma Amil )
                                                      

                              
Kategori Perempuan ( bawah 15 tahun)
JOHAN              -   MGGR ( T3-Nur Dini Athirah )
NAIB JOHAN   -    OTAI GURL ( T1 - Fauzana bt Anuar )
KETIGA            -     BTU Street Girls (T2 - Syazwani Ezreena )



Kategori Perempuan ( bawah 18 tahun )
JOHAN                - Geng Senior (T5 -Fatimah Jamal )
NAIB JOHAN      - MPV Team (T4 -Ain Ainil Solehah )
KETIGA               - Power Girls (T4-Nurhidayu Ibrahim )

CENDERAHATI PENGADIL
En. Mohd Kamal Abd Latiff
En. Shukri b Shafiee
En. Nizar b Mohd Zizi
Cik Saadiah bt Md Noor

Syabas wakil pelajar di MTQ Kinta Selatan 2010

Dalam MTQ 2010 , tiga orang pelajar telah mengharumkan nama sekolah. Tahniah !
Tahniah diucapkan kepada peserta & Ustazah Asmah Wati Hj Mohamed Radzi

Perlawanan persahabatan bola baling dengan SMK Seri Kampar



Perlawanan persahabatan bola baling dengan SMK Seri Kampar telah diadakan pada 16 April 2010 jam 5.00 petang di padang SMK Kampar. Ia diadakan bagi menguji dan mengenalpasti kekuatan & kelemahan serta kemahiran para pemain. Ini juga sebagai persediaan ke peringkat MSSD di SMK DBCM Yusof, Tg Tualang pada 21-22 April depan.



Ragbi guru vs team sekolah

Perlawanan ragbi menentang team sekolah diadakan pada 16 April 2010 di padang sekolah. Perlawanan bertujuan menguji pasukan sekolah yang akan bertanding dalam kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Perak pada 7-8 Mei 2010 di Ipoh, Perak. Turut serta ialah Cikgu Muslim, Cikgu Azahar, Cikgu Hanifah, Cikgu Alif, dan Cikgu Nizar.


Saturday, April 10, 2010

Karnival Bola Baling Tertutup SMK Kampar 2010 telah diadakan pada 10 April 2010 (Sabtu). Objektif utama karnival ini ialah bagi mencungkil minat, bakat, kebolehan, dan kemahiran peserta dalam sukan bola baling disamping membina semangat kesukanan dan perpaduan melalui aktviti sukan. Dua kategori telah dipertandingakan iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan (18 tahun ke bawah).

Penganjuran pertama kali ini merupakan daya usaha dan kesungguhan guru-guru pelatih yang sedang menjalani praktikum di sekolah ini. Sebanyak hampir 15 pasukan telah menyertai karnival ini yang diadakan secara sistem kalah mati. Penglibatan yang positif dan proaktif para pelajar sekolah ini membanggakan. Ini ditambah pula dengan kehadiran panel pemilihan pemain bagi pasukan bola baling sekolah ke kejohanan peringkat daerah. Kesungguhan penganjur karnival ini seharusnya diberi pujian kerana berjaya menarik minat pelajar menyertai karnival ini. Syabas & tahniah kepada pasukan yang berjaya.